You are here: Home Internet Marketing Bagaimana Membina List yang Responsif (siri 3)

Bagaimana Membina List yang Responsif (siri 3)

E-mail Print PDF

Langkah 3: Apakah yang dijangka Oleh Subscriber Anda?

Setakat ini anda sudah pun mempunyai trafik yang disasarkan (targeted traffic) dan squeeze page yang akan ‘menjual’ kepada mereka.Squeeze page
ini akan menyenaraikan kesemua faedah-faedah yang akan mereka perolehi setelah melanggani newsletter anda. Jika ramai di antara mereka yang membaca surat jualan anda tersebut, maka anda akan dapat senarai subscriber yang responsif.

 

Anda mungkin tertanya-tanya ketika ini : “Bagaimana pula dengan freebies /produk percuma?”

Anda selalu mendengar bahawa untuk membina satu list subscriber yang besar anda hendaklah menawarkan produk-produk percuma seperti report
percuma, software, spreadsheet atau audio temubual dengan tokoh-tokoh Usahawan Internet. Jika anda perhatikan di Internet, memang ramai Internet Marketer atau Usahawan Internet yang menggunakan teknik ini demi mendapatkan jumlah subscriber yang ramai.

Sebenarnya teknik ini bukanlah teknik yang baru, bahkan mungkin anda sendiri pun secara tidak sengaja terfikir tentang teknik ini kerana usaha menarik perhatian orang ramai untuk ‘subscribe’ bukan kerja senang! Jadi mungkin memberikan produk percuma adalah cara terbaik untuk menarik perhatian mereka7 Kenapa berikan kepada bakal subsciber anda satu report percuma sedangkan anda mampu memberikannya lebih dari itu. Bukankan ini akan menyebabkan anda akan meraih lebih perhatian dari IM yang lain? Hakikatnya tidaklah begitu.

Apabila anda mula menawarkan freebie atau produk percuma, akhirnya anda hanya akan menarik perhatian golongan ‘Freebie Seekers’ atau Pencari Produk Free! Mereka ini sudah tentu bukan prospek sasaran anda. ‘Freebie Seekers’ atau pemburu produk percuma ini biasanya tidak terlintas pun di fikiran mereka untuk membeli produk atau servis yang anda tawarkan. Mereka ini tidak lebih dari parasit yang menghisap darah anda. Mereka hanya suka mendapatkan freebie yang anda tawarkan tetapi tidak sekali-kali akan menjadi pelanggan anda. Lebih teruk lagi mereka ini akan mengutuk produk
anda pula terutama dari sudut harga produk dan jika mereka beli pun mereka akan minta refund atau sebagainya.

Jika anda mempunyai subsciber seperti ini dalam list anda, maka conversion rate anda akan merudum. Mereka bukan sahaja tidak akan membeli daripada
anda, bahkan tidak akan membuka emel yang anda hantar. Mereka mungkin akan mendapatkan freebie anda melalui emel sementara yang didaftarkan
semata-mata untuk tujuan itu atau mendaftarkan email khas untuk tujuan mendapatkan produk percuma.

Pemburu freebie juga suka menyebarkan kepada orang lain tentang pencariannya. Malah, terdapat juga forum-forum yang dibina untuk membuka peluang kepada pemburu freebie bertukar-tukar hasil pendapatan sesama mereka. Mereka ini selalunya akan membesar-besarkan kehebatan mereka
untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengeluarkan wang satu sen pun.

Namun tidak semua orang yang mendapatkan produk percuma itu boleh digelarkan ‘pemburu produk free’ kerana bukan semua orang bersifat hendakkan produk percuma semata-mata. Hakiktanya menawarkan produk Percuma TETAP merupakan satu cara yang berkesan untuk membina list dengan cepat.

Kami kongsikan satu tip : Jika anda mahu membina list besar dan responsif, pastikan surat jualan anda fokus kepada halaman ‘sign up’ dan berikan apa-apa tawaran percuma sebagai bonus yang terbaik.

Maknnya anda tawarkan report percuma atau apa-apa produk percuma untuk mempengaruhi orang ramai berdaftar dengan anda. Namun anda perlulah memastikan bahawa fokus utama adalah tawaran Newsletter atau eKursus bukan tumpukan pada produk percuma tersebut, dengan kata lain anda perlu fokuskan surat jualan mengenai kelebihan berdaftar dengan list anda dan apa yang bakal mereka perolehi nanti. Newsletter atau eKursus anda merupakan produk utama, manakala freebie itu pula hanyalah bonus sampingan yang akan membantu subsciber membuat keputusan untuk
membeli dari anda.

Di sinilah silapnya ramai IM yang memfokuskan squeeze page mereka kepada freebie yang mereka tawarkan, sehinggakan ada di antara subsciber
tidak menyedari yang mereka sebenarnya melanggan newsletter, bukan hanya mendapat produk bonus yang mereka inginkan. Apabila newsletter tiba
di inbox emel, mereka menganggapnya sebagai spam.

Ada juga di antara mereka yang faham bahawa newsletter itu merupakan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan, tetapi mereka begitu inginkan
freebie tersebut sehingga mereka mendaftarkan emel di Yahoo atau Hotmail hanya semata-mata untuk subscribe newsletter anda. Mereka ini tidak akan membaca newsletter yang tiba di inbox emel mereka atau lebih teruk, mereka akan membatalkan penyertaan mereka sebaik sahaja mendapat freebie yang diingini.

Untuk mengelakkan situasi ini dari berlaku kepada anda, pastikan kandungan squeeze page fokus kepada faedah yang terdapat dalam newsletter atau
eKurusus anda dan atau membuatkan mereka dalam keadaan tidak sabar menunggu ketibaan newsletter anda. Kita mahu mereka segera membaca
newsletter itu sebaik sahaja ianya tiba di inbox mereka dalam masa yang sama juga mahu mereka menyebarkan tentang newsletter anda kepada
rakan-rakan mereka.

Lakukan supaya mereka begitu teruja untuk menerima bonus (mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan mereka) 7 tetapi pastikan mereka lebih teruja untuk subscribe newsletter anda. Inilah rahsia sebenar untuk membina list yang responsif!

Perkara yang kedua boleh anda lakukan untuk membina list yang responsif ialah memastikan freebie tersebut dikaitkan secara langsung dengan newsletter dan produk jualan anda.

Contohnya, katakan anda mempunyai newsletter yang berkisar tentang cara menguruskan ‘Kucing Parsi’ dan anda mempunyai freebie untuk ditawarkan. Adalah merupakan langkah yang sangat bijak jika anda menawarkan freebie umum teknik ‘Panduan Membela Kucing Parsi’ dengan betul, berbanding dengan freebie ‘Panduan Membela Kucing’.

Kenapa? Ini kerana seseorang itu mungkin subscribe / berdaftar untuk mendapatkan ebook ‘Panduan Membela Kucing’ sedangkan mereka tidak mempunyai kucing Parsi. Maka setelah mereka mula menerima newsletter tentang kucing Parsi dari anda, mereka hilang minat untuk membacanya dan
ini bermakna list anda tidak responsif.

Kesimpulan setakat ini dalam usaha membina list yang responsif :

Pertama sekali anda perlulah mendapatkan trafik yang betul-betul ‘targeted’ yang mana akan dihantar ke squeeze page dan kemudiannya berfungsi untuk menukarkan trafik ini kepada prospek. Anda perlu jadikan squeeze page anda fokus kepada faedah-faedah yang terdapat dalam newsletter dan tawarkan freebie yang berkaitan sebagai bonus jika mereka melanggan newsletter anda. Dengan ini mereka akan tertunggu-tunggu newsletter dari anda dan membacanya. Ini akan menyebabkan list subsciber anda lebih responsif.

Anda sudah pun mempunyai list yang responsif. Apa pula langkah seterusnya? Tibalah masanya untuk anda bina hubungan dengan para subsciber anda. Kita akan membincangkannya lebih lanjut dalam siri yang seterusnya. (bersambung)

 

Add comment


Security code
Refresh

Siapa Saya?

Jurnalim.com adalah blog peribadi saya, Muhammad Bukhori b Parman.

Seorang Hamba, Suami, Bapa, Website Designer, dan Internet Marketer.

Saya juga merupakan pemilik syarikat Al Fatih Network (001929475-H).

Mula berjinak-jinak dengan membina website sejak 2003 dan mula menerima tempahan website pada tahun 2008. Sejak itu saya mula beralih kepada perniagaan melalui internet. Alhamdulillah, perniagaan yang diceburi semakin berkembang dari hari ke hari.

Blog ini bertujuan meluah rasa, berkongsi pandangan dan bertukar fikiran dengan orang lain.

  • Hubungi Saya

  • Website Saya

Produk-produk

pendidikan anak anak soleh